Kamis, 12 Juni 2008

Perjanjian Pankor : Satu Coretan Nakal

Posted on Thursday, April 10 @ 08:46:03 MYT by greenboc
Artikel Pendek Oleh alhusseyn
"a
BN kini cuba memburuk-burukkan PAS Perak dengan menyebarkan fitnah kepada rakyat Perak, kononnya PAS Perak ada perjanjian rahsia dengan DAP berkaitan isu perlantikan Menteri Besar Perak. Ramai juga ahli PAS yang terpengaruh dengan fitnah ini seperti penulis blog ~Penarik Beca~. Tuduhan ini dilemparkan untuk memburuk-burukkan PAS Perak dan supaya pakatan rakyat di Perak tumbang menyembang bumi. Ini lah kerja jahat UMNO
Demikian nota secebis yang dinukil oleh ~Maruz~
Perhatikan pula para berikut yang ditulis ~Maruz~ :
4. PERSETUJUAN AWAL PAS PERAK, DAP PERAK & PKR PERAK - Pada malam keputusan pilihanraya umum dikeluarkan di mana BN gagal memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan, Barisan Rakyat Perak (DAP-PAS-PKR) telah bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran dan kesemua parti (DAP Perak, PAS Perak dan PKR Perak) bersetuju untuk memilih Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin (SU Badan Perhubungan PAS Perak yang juga ADUN Pasir Panjang) sebagai calon Menteri Besar Perak sebelum mendapat nasihat daripada pimpinan pusat parti masing-masing.
Tulisan sahabat saya ~Penarik Beca~ adalah jelas bersumberkan para (4) diatas yang ditulis oleh ~Maruz~ seperti apa yang diperakukannya sendiri.
Dengan hanya bersumberkan para (4) tersebut, maka terciptalah oleh sahabat saya ~Penarik Beca~ istilah ~Perjanjian Pangkor~
Persoalannya : Adakah benar wujudnya ~Perjanjian Pangkor~ tersebut? Inilah pokok bicaranya.
Apa benarkah PAS Perak sangat 'jakun dengan sedikit kuasa' sehingga menyebabkan pimpinan pusat 'ternganga-nganga' dan 'beberapa orang dari mereka naik angin' apabila mendapat tahu tentang perjanjian penuh petaka itu?
Lagi sekali, persoalannya : Adakah benar wujudnya ~Perjanjian Pangkor~ tersebut? Inilah pokok bicaranya.

Sahabat saya ~Penarik Beca~ disini sendiri mengakui tidak mengetahui tentang apa benda isinya ~Perjanjian Pangkor~ istilah yang dia sendiri yang mencipatanya. Lihat perakuannya berikut :
Mengenai "Penjanjian Pangkor", apa pula kandungannya? Saya tidak tahu dan jutaan ahli dan penyokong PAS yang lain juga tidak tahu. Sumber dari kampung saya di Taiping memberitahu, beliau dimaklumkan bahawa dalam perjanjian itu terdapat perkataan yang sangat menyinggung perasaannya. Perkataan itu ialah "undertake".
Lagi sekali, persoalannya: Adakah benar wujudnya ~Perjanjian Pangkor~ tersebut? Inilah pokok bicaranya.
Kewujudan ~Perjanjian Pangkor~ seperti apa yang didakwa adalah lebih kepada andaian ~Penarik Beca~, kerana beliau sendiri tidak mampu menyakinkan sesiapa pun selain hanya menimbulkan keraguan beberapa ahli PAS lantaran beliau mengaitkannya dengan 'pimpinan pusat yang naik angin'.
Siapa yang naik angin? Tidak pula beliau nyatakan.Mengapa pemikiran kita cuba dikaburi dengan persoalan tersebut ?
Sebagai penulis yang sudah lama established dan berpengalaman luas, beliau sepatutnya melakukan sedikit research. Ah! beliau bukan tidak ada kekawan di Ipoh ni.Bukan tidak boleh singgah kalau balik Matang atau Taiping! Ipoh dari Greenwood bukan jauh sangat ; Dan boleh 'face to face' dengan Nizar tak kan tak sanggup bersemuka sesame orang kita in search of the truth?
Kalau sungguh Nizar dan kepimpinan PAS Perak terlalu geraguk nak 'kuasa' hingga terpaksa membuat 'Perjanjian Pangkor' , alahai, bukankah lebih baik mereka menerima tawaran Umno/BN yang mempunyai 27 wakil daripada orang Melayu dan hanya 1 daripada bukan Melayu?Dan tidak perlu kepada Perjanjian Pangkor kerana Umno/BN sudah lama isytiharkan Malaysia sebuah negara Islam!
Malah Umno /BN , khabarnya , melalui Mufti Perak sanggup menyerahkan jawatan Menteri Besar dan 4 kerusi Exco dan Speaker DUN Perak kepada PAS sebagai balasan untuk bersetuju berpakat dengan UMNO bagi membentuk kerajaan di Perak.
Dan saya rasa , tawaran BN/Umno tidak berhenti setakad itu sahaja. Dan kalau Nizar bersama pemimpin PAS Perak umpama 'Limau Purut Enam Serangkai- buta perut tak ada akai' tentu kita semua menjadi 'pengkor'.
Saya percaya , sahabat saya, Penarik Beca bukan jenis 'limau purut yang berangakai' cuma coretannya agak 'nakai' sikit!
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar