Kamis, 12 Juni 2008

Kerajaan gali kubur sendiri jika diskriminasi negeri dikuasai PR

Mohd Sabri Said
Thu | Apr 10, 08 | 4:35:58 pm MYT

GEORGETOWN, 10 April (Hrkh) - Kerajaan Persekutuan ibarat 'mengali kubur sendiri' jika mengamalkan diskriminasi terhadap lima negeri yang kini diterajui Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua Lajnah Ekonomi Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, Zulkifli Md Lazim.

Katanya, sebahagian besar sektor ekonomi negara termasuk pelancongan, perindustrian dan perladangan terdapat di negeri-negeri yang ditadbir kerajaan pakatan PAS-DAP-KeADILan.

Bagi mengelak daripada menerima nasib buruk, Kerajaan Persekutuan wajar membuang tabiat buruk yang selama ini menjadi amalan mereka selain suka menafikan hak peruntukan kewangan pada negeri yang tidak dimenangi BN, katanya.

"Tindakan atau sikap Kerajaan Persekutuan perlu diperbaharui selaras dengan kemajuan yang dikecapi negara hari ini.�Jangan jadikan amalan buruk seperti membalas dendam yang tidak berkesudahan," ujarnya ketika ditemui di Hotel Shangrila bersama rombongan Speaker dan lapan Adun Kelantan yang datang berkunjung hormat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam.

Beliau bertanya, apa salahnya jika Kerajaan Persekutuan menjalinkan hubungan mesra dengan Kerajaan PR kerana ia memberi impak yang baik lebih-lebih lagi pada semua rakyat.

Negeri Pulau Pinang ada sektor industri dan pelancongan yang memang seimbang, Kedah jelapang padi dan pelancongan, Perak dan Selangor pula dianggap antara negeri termaju, masing-masing ada kelebihan yang seharusnya dikongsi bersama kerana kelima-lima negeri berada dalam sebuah negara bernama 'Malaysia', katanya.

"Apa kata kalau Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan diabaikan langsung, siapa yang rugi tentulah Malaysia sebab negeri-negeri berkenaan berada dalam Persekutuan," katanya.

Kepimpinan Kerajaan Persekutuan jelas beliau, wajar mengkaji semula sikap terburu-buru sesetengah menteri yang dengan sombong mendakwa tidak boleh kerjasama dengan kerajaan PR kerana cemburu rakyat menolak rakan karib mereka semasa pilihan raya umum pada 8 Mac lalu.

Kata Zulkifli, Kerajaan Persekutuan juga perlu menerima dengan dada terbuka kerjasama kerana kelima-lima negeri merupakan pintu masuk ekonomi, pelancongan serta pelaburan utama negara.

Beliau sebagai penerajui Lajnah Ekonomi Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang memberikan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan pimpinan Ketua Menteri melaksanakan pengagihan ekonomi kepada rakyat tanpa memilih kroni seperti yang menjadi amalan (BN) sebelum ini.

Turut mengiringi rombongan Speaker dan Adun Kelantan itu adalah Ahli Jawatankuasa PAS Negeri, Saiful Lizan Mohd Yusuf. - lanh �

--
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar